Sejak semalam, kami perhatikan banyak rentetan pos dimuatnaik di kebanyakkan platform media sosial kononnya mendakwa menemui ulat yang masih hidup dalam bun Sambal Bilis mereka.
Yang amat mengejutkan, semua aduan ini telah disertai dengan apa yang dipercayai iaitu gambar yang serupa
<https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206992598088453&set=pcb.10206992617848947&type=3&theater> (Archive) yang digunakan sebagai instrumen dalam pos sebelum ini oleh pengguna Facebook <www.facebook.com/kennyozl>
Kami yakin bahawa, ini merupakan satu usaha jahat yang dirancang oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab dengan agenda jahat mereka sendiri. Dengan ini, kami ingin menyeru kepada semua netizen untuk mengambil masa dan menilai keadaan / fakta untuk diri mereka sendiri. Jangan biarkan anda dimanipulasi dengan taktik kotor yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.