Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan tentang harga produk-produk Gardenia.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kepada para pengguna bahawa kos keseluruhan produk Gardenia bukan sahaja terdiri daripada kos pengedaran, malahan sebahagian besar daripada kos pengeluaran kami tersebut adalah terdiri daripada kos bahan mentah, kos operasi, kos buruh, kos utiliti dan lain-lain kos lagi.
Sebarang kesan penurunan harga petrol pada bulan Januari 2015 adalah minima jika dibandingkan dengan kenaikan kos bahan mentah disebabkan pertukaran wang asing, kenaikan gaji (tahap minima), kenaikan kos utiliti (kadar kekal dari kenaikan sebelumnya) dan sebagainya.
Oleh yang demikian, kami dengan rasa berat hati memaklumkan bahawa pihak kami terpaksa mengekalkan harga produk-produk buat masa ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 1-800-88-3228 atau email kepada customer_service@gardenia.com.my
Utk roti classic bungkusan besar terdapat perbezaan harga yg terdapat pada tag RM3.40 tapi sebenar yg dibyr adalah RM3.20. Mohon klarifikasi
En Zulkhairi,
Selalu juga pihak pekedai menurunkan harga roti dengan tujuan menarik pelanggan. Mereka percaya pelanggan yang masuk ke kedai mereka akan beli barang keperluan lain selain dari roti.
utk butterscout sblm ni rm4.00 sejak bila jd rm4.20.
Delicia Butterscotch dijual dengan harga RM4.20 sejak Jun 2011 lagi.