Tohmahan Kenaikan Harga Roti Gardenia selepas PRU13

Berikutan Pilihan Raya Umum baru-baru ini, ada sesetengah pihak / “warga alam siber” yang memfitnah Gardenia di “Facebook” dan Internet. Kali ini pula, menyatakan bahawa harga roti Gardenia di Semenanjung Malaysia telah naik. Malahan, mereka juga melampirkan gambar perbandingan harga tertera di “kwik lok” (rujuk diatas).INI ADALAH FITNAH. Tag “Kwik lok” itu adalah daripada produk Gardenia yang berbeza; Sliced Sandwich Bun (Burger bun).

Mesej “Facebook” ini disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kebarangkalian menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu yang tidak dapat bersaing secara beretika di pasaran terbuka.

Tiada sebarang kenaikan harga jualan produk Gardenia di Semenanjung Malaysia.

Kami akan berbesar hati jika anda menyebarkan cerita sebenar kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan.

Terima kasih.

Tiada Kenaikan Harga Produk Gardenia

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd baru-baru ini telah menerima banyak pertanyaan/pengesahan mengenai kesahihan berita kenaikan harga produk Gardenia di Sabah. Penjelasannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain. Gardenia Sabah Pasaran Borneo/ Timur Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang tiada kena mengena antara satu sama lain. GBKL memasarkan produknya di Semenanjung Malaysia sahaja.

GBKL ingin mengambil peluang ini untuk menjamin para penggunanya di Semenanjung Malaysia yang harga untuk kesemua produk Gardenia tidak berubah. Harga produk-produk Gardenia tertera/ dicetak pada “kwik-lok” dan/ atau semua pembungkus produknya. Harganya adalah tetap. Jikalau anda mendapati ada peruncit yang menjual produk-produk Gardenia dengan harga yang lebih tinggi, sila hubungi Cik Hazlinah Harun atau Cik Azrina Aziz di talian 03-5542 3228 dengan segera untuk membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya.

 

Terima kasih.