Pemalsuan 3: Status halal produk Gardenia di Sabah adalah diragui.

Kebenaran: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah merupakan dua syarikat berbeza yang tidak ada kaitan. Kedua dua syarikat ini mempunyai polisi, pengurusan dan sistem operasi masing-masing yang amat berlainan.

Semua produk yang dihasilkan oleh GBKL adalah disahkan halal oleh JAKIM. Jawatankuasa halal dalaman GBKL yang ditubuhkan pada 1994, memantau dan meneliti semua aspek berkaitan halal secara berterusan. Jawatankuasa ini diberi kuasa penuh berkaitan perkara halal dan syariah.