Pemalsuan 4: Bernas mengarahkan Gardenia menghentikan pembelian tepung gandum dari Federal Flour Mills (FFM)

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=265717473475310 (Arkib PDF)

Penerjemahan: Kontrak bekalan tepung dengan FFM Federal Flour Mills telah dibatalkan oleh UMNO!

Dari mula lagi, FFM adalah rakan Gardenia. Hubungan kerja antara kilang tepung dengan kilang roti boleh diibaratkan seperti satu perkahwinan. Semua rahsia perdagangan seperti spesifikasi bahan dan resepi perlu dikongsi rapat. Dengan kehadiran pesaing baru pada tahun 1998, kami telah meminta agar FFM kekal setia kepada Gardenia kerana dari pengalaman kami, kami maklum yang rahsia kami boleh bocor kepada kilang roti yang baru. FFM memilih untuk bekerjasama dengan kilang roti baru yang memaksa kami membuat pilihan lain. Kami memilih untuk membeli tepung dari keluarga TEH di Perak melalui kilang tepung Malayan Flour Mill Berhad.

BERNAS menjadi pemegang saham utama GBKL pada tahun 2001 kerana Akta Kerjasama Industri 1975. Bagaimanapun, mereka tidak pernah masuk campur dalam sebarang operasi kami sejak hari pertama.

Jadi segala putar belit yang dilakukan untuk memboikot Gardenia bukan sahaja salah, malah amat membahayakan dan tidak bertanggungjawab kerana bermain dengan sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kami menggesa rakyat Malaysia agar sedar dan tidak membiarkan diri dieksploitasi oleh pembohongan.