Berita seperti di atas telah tersebar luas di internet dan di dalam sistem mesej pelbagai platform sekali lagi, oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan motif yang tersembunyi. Kami ingin menegaskan kepada semua bahawa berita ini adalah TIDAK BENAR! Ia tidak pernah benar, sama ada pada tahun 2011 mahupun sekarang.
Berita ini adalah sebahagian daripada siri tohmahan yang direka semata-mata untuk menggesa rakyat Malaysia memboikot Gardenia yang didorong berdasarkan ketidaktentuan emosi.
Kami menggesa semua netizen untuk mengambil masa dan menilai keadaan / fakta untuk diri mereka sendiri serta melakukan perkara yang betul. Jangan biarkan anda dimanipulasi dan dipermainkan dengan taktik kotor yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Kami amat hargai jika anda dapat kongsikan kenyataan ini kepada rakan-rakan anda di internet. Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-3228.
http://gardenia.com.my/blog-bm/?p=42