Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd ingin memberikan maklumat terkini susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru ini melibatkan beberapa produk Gardenia.

Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh makmal bebas yang bertauliah, keputusan ujian mengesahkan bahawa produk-produk berkenaan mematuhi spesifikasi keselamatan makanan yang ditetapkan serta keperluan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Pada 10 November 2026, pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkaitan, telah mengadakan lawatan pemeriksaan ke fasiliti pengeluaran kami sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan. Kami telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses tersebut, dan pihak KKM berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) serta amalan keselamatan makanan yang dilaksanakan oleh pihak kami.

Kami ingin memberi jaminan bahawa keselamatan makanan, kualiti produk serta kesejahteraan pengguna sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami.

Kami amat menghargai kesabaran, pemahaman serta kepercayaan berterusan yang diberikan oleh para pengguna, rakan niaga dan pihak berkuasa yang berkaitan.

Terima kasih.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd