Gardenia KL mengambil maklum mengenai kebimbangan yang dibangkitkan di media sosial berhubung produk kami. Kami memandang serius setiap laporan yang diterima dan prihatin terhadap kesejahteraan pengguna serta keluarga yang terlibat.

Wakil kami telah bertemu dengan pengguna berkenaan untuk memahami dengan lebih jelas kejadian yang dilaporkan serta mendapatkan maklumat lanjut. Produk berkaitan juga telah diambil untuk pemeriksaan sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

Jabatan-jabatan berkaitan sedang meneliti maklumat yang tersedia, rekod pengeluaran serta kawalan kualiti bagi mengenal pasti fakta sebenar dan menentukan tindakan susulan yang sewajarnya.

Kami juga ingin memberi jaminan kepada pengguna bahawa tiada perubahan dibuat terhadap resipi atau formulasi produk kami dan prosedur keselamatan makanan serta kawalan kualiti yang ditetapkan terus dilaksanakan.

Gardenia KL komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sebarang siasatan lanjut, termasuk pemeriksaan di kilang kami.

Kami kekal komited dalam menyediakan produk yang selamat dan berkualiti tinggi kepada pengguna.

Terima kasih.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd