Kami di Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. [GBKL] mengambil langkah awal ingin menjelaskan bahawa, Kim Teck Cheong Consolidated Bhd. [KTC] memperolehi hak eksklusif untuk menggunakan tanda dagangan (trademark) Gardenia daripada Tong Hing Holdings Sdn. Bhd. (sebuah syarikat di Sabah) dan ini tiada kaitan dengan GBKL sama sekali.
Oleh itu, KTC dan/atau anak syarikatnya Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn. Bhd. mempunyai hak untuk menggunakan logo Gardenia dan tanda dagangan di Sabah, Sarawak dan Indonesia.
GBKL hanya beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja. GBKL adalah sebuah syarikat yang berbeza dan TIADA kaitan dengan KTC dan Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn. Bhd. Kami mempunyai produk, pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.
GBKL ingin memberi jaminan kepada semua pengguna kami di Semenanjung Malaysia bahawa ia merupakan dasar dan polisi syarikat untuk memberikan yang terbaik dari segi kualiti perkhidmatan dan produk. Kami telah berkembang dengan mengamalkan dasar ini sebaik mungkin dan bertekad untuk terus berbuat demikian.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 1-800-88-3228 atau e-mel kepada customer_service@gardenia.com.my.
Terima kasih.
Daripada,
Pihak Pengurusan
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
23hb Januari 2020